Senarai Blog Saya

WELCOME GUYSS ! HAVE A GOOD DAYS

BBM 3410 | 2022 | ELEMEN ASAS GRAFIK

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Berikut merupakan lima elemen asas grafik yang diperoleh daripada internet :

1) 


Elemen : Mudah
Tema : Alam Semesta

Huraian : Grafik di atas memenuhi elemen mudah kerana gambaran dapat dilihat dengan jelas dan nyata tanpa kekaburan. Elemen mudah ini juga merangkumi  tumbuhan sahaja tidak melibatkan perkara atau gambaran lain.  Gambar tersebut dilihat lebih tenang dan berfokus kepada pemandangan alam sahaja. 

2) 

Elemen : Warna
Tema : Pencuci mulut

Huraian : Gambaran ini memenuhi elemen warna. Warna yang digunakan dilihat terang dan jelas serta tidak pudar. Elemen warna memainkan peranan bagi memperlihatakan kejelasan seseuatu ilustrasi di samping menarik perhatian umum akan keunikan warna yang digunakan. Warna yang digunakan bagi gambar di atas ialah warna hijau, putih dan coklat. Elemen warna yang digunakan tidak melebihi tiga jenis warna. Warna tersebut memenuhi kriteria gabungan warna yang menarik dan menjadikan gambar tersebut berfokus kepada kuih di atas melalui penggunaan warna yang menarik. 

3)
                                                               



Elemen : Teks
Tema : Poster Ramadhan
Rujukan :
https://www.jatimnetwork.com/gaya-hidup/pr-433019499/11-link-poster-atau-template-sambut-ramadhan-2022-kualitas-bagus-dan-bernuansa-islami-download-gratis-disini




Huraian : Gambar di atas memenuhi ciri-ciri elemen teks. Hal ini demikian kerana, poster berkenaan mempunyai teks pada bahagian tengahnya. Saiz teks yang digunakan sudah memadai iaitu tidak terlampau besar dan kecil bagi memperlihatkan bahawa itu merupakan poster ramadhan di tambah pula dengan ilustrasi masjid dan lampu pada bahagian atas. Jenis teks yang digunakan juga bersesuaian di mana ianya mudah difahami dan dibaca. 


4) 
      

Elemen : Kesesuaian
Tema : Ruang dapur

Huraian : Gambar di atas memenuhi elemen kesesuaian. Kesesuaian bagi gambaran itu merangkumi aspek benda dan kegunaan barangan tersebut di dapur. Misalnya, dapat dilihat pada ruangan dapur berkenaan dilengkapi dengan barang kegunaan memasak dan menjamu selera yang sesuai diselaraskan dengan ruangan ini. Susunan yang digunakan dilihat sesuai untuk aktiviti memasak di dapur iaitu tidak sempit dan luas untuk kegunaan di dapur. 

5) 

Elemen : Keseimbangan
Tema : Ruang tamu

Huraian : Gambar tersebut dilihat sesuai bagi elemen keseimbangan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana pembahagian ruang sama ada sudut pandang atas, bawah, kanan dan kiri dilihat bersesuai dan setara. Susunan perabot juga dilihat kemas dan lengkap. Kita dapat lihat pada sudut pandangan kanan dan kiri dilengkapi dengan kerusi dan meja hiasan yang bertentangan kedudukannya menjadikan ruangan tersebut dilihat sama rata. Gambaran dari sudut pandangan dan atas juga sama iaitu pertentangan antara siling rumah dan lantai. 


Antara elemen grafik yang saya perolehi melalui penangkapan sendiri ialah :

1) 

Elemen : Mudah
Tema : Pemandangan laut
Lokasi : Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu

Huraian : Gambaran di atas menepati elemen grafik mudah kerana latar belakangnya dilihat tersusun dan menjelaskan tentang pemandangan. Mudah pada gambar ini memperlihatkan suasana yang tenang di mana kedudukan objek pada gambar juga teliti dan tidak bercampur. Saya menggunakan grafik di atas kerana bagi tangkapan hanya sepintas lalu dan mudah dan berkesan tanpa perlu mencari sudut pandangan yang sesuai. Hal ini keranam setiao objek yang ada pada gambar tersebut seperti langit, perahu, jambatan dan batu-batuan pada bahaguan tepi memperlihatkan kombinasi gambar pemandangan yang sangat menarik. 

2) 

Elemen : Warna
Tema : Kesatuan
Lokasi : Gong Badak, Kuala Terengganu

Huraian : Gambar di atas memenuhi elemen warna yang sesuai. Gambaran ini dilihat menarik sesuai dengan kombinasi warna yang digunakan. Warna utama yang digunakan tidak melebihi tiga jenis iaitu warna putih, merah jampu dan seakan oren kekuningan. Gambar pegangan bunga kecil ini dilihat sangat unik.



3)

Elemen : Teks
Tema : Kek Ulang Tahun
Lokasi : Ampang, Selangor

Huraian : Grafik atau gambar ini dipilih bagi memenuhi elemen teks kerana kita dapat lihat terdapat teks yang ditulis pada bahagian atas kek. Gambar ini diambil melalui sudut pandang atas bagi memperlihatkan teks yang ditulis agar gambar kek itu tidak terlihat kosong dan membosankan. Elemen teks sememangnya mampu menarik perhatian umum. Saiz teks yang digunakan juga sesuai bagi memenuhi ruang pada bahagian atas kek tersebut. 

4) 

Elemen : Kesesuaian
Tema : Pemandangan
Lokasi : Taman Tasik UPM, Serdang

Huraian : Elemen kesesuaian dilihat sesuai dan berkait rapat dengan elemen kesesuaian. Kesesuaian pada gambar di atas ialah gambaran semula jadi yang terlihat adanya pokok, tasik, jambatan dan laluan pejalan kaki. Gambar tersebut sesuai dengan definisi taman tasik. Kedudukan pokok dalam gambar ini dilihat sesuai iaitu tidak berselerak dan teratur kedudukannya. 


5) 

Elemen : Keseimbangan
Tema : Pemandangan pantai
Lokasi : Pantai Teluk Lipat, Dungun

Huraian : Gambar atau grafik ini memenuhi elemen keseimbangan dari segi susun atur kedudukan objek pada gambar ini. Misalnya, kita dapat lihat pada kanan dan kiri gambar ini terdapat pokok yang sama bagi memenuhi ruang kanan dan kiri gambar. Manakala pada bahagian atas pula dipenuhi dengan gambar awan-awanan dan pada bahagian bawah dipenuhi dengan gambaran pasir. Pada bahagian tengah gambar pula, dilengkapi dengan tulisan nama bandar. 



 Sekian daripada saya, 👋


PAUTAN TUGASAN ELEMEN GRAFIK KUMPULAN 

https://youtu.be/17kKjCYeoLE




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ketika dan Kalimat ✨

Sepanjang saya mengikuti kursus Multimedia dalam Bahasa ini terdapat banyak perkara, pengalaman dan pengajaran yang saya pelajari. Selama e...