Senarai Blog Saya

WELCOME GUYSS ! HAVE A GOOD DAYS

Ketika dan Kalimat ✨

Sepanjang saya mengikuti kursus Multimedia dalam Bahasa ini terdapat banyak perkara, pengalaman dan pengajaran yang saya pelajari. Selama empat belas minggu menghadiri kursus ini, banyak perkara atau ilmu yang saya dapat. Saya juga didedahkan dengan pelbagai perkara yang selama ini tak pernah sekali pun terfikir untuk melakukannya atau mencuba. Jujur saya katakan, saya seorang yang introvert. Tidak semua perkara yang saya suka kongsikan dengan rakan atau orang sekeliling. Namun begitu, melalui kursus ini saya merasakan bahawa saya dapat keluar daripada zon tersebut. Misalnya, dalam penggunaan media sosial. Saya mempunyai setiap akaun media sosial namun tidaklah begitu aktif tetapi daripada kursus ini saya dapat berkongsi banyak perkara. Kami perlu mengaktifkan akaun media seperti facebook, instagram, twitter, youtube dan tiktok. Juga, kami semua perlu memiliki atau mendaftar akaun linkedin yang selama ini saya sendiri tidak mengetahui kegunaannya. Namun, saya dapat menambah pengetahuan daripada kursus ini. Begitu juga, dengan ilmu berkenaan kursus ini seperti asas fotografi dan asas videografi. Melalui topik tersebut juga saya dapat mengetahui bahawa betapa pentingnya teknik atau cara yang betul dalam menangkap gambar dan merakam video. Bagi saya, setiap ilmu berkenaan perkara tersebut perlu ada dalam setiap individu. Perkara atau tugasan seperti itu sedikit sebanyak mampu mecungkil bakat atau kebolehan kami sebagai pelajar. Sesungguhnya setiap ilmu yang dipelajari akan saya guna dan terapkan dalam kehidupan seharian saya. 

Selain itu, bagi pengajaran dalam kuliah atau amali pula saya berpuas hati dengan setiap kaedah tersebut. Misalnya, setiap minggu atau setiap waktu kuliah atau amali kami akan diberikan tugasan. Setiap tugasan ini memerlukan praktis. Setiap tugasan yang diberikan juga hendaklah dihantar sebelum tarikh akhir. Hal ini sebenarnya, menguji dan melatih kemahiran pelajar kerana kami dilatih untuk melakukan tugasan tersebut tanpa menangguh-nangguh. Hal ini secara tidak langsung menjadikan tugasan kami disiapkan dengan cepat. Kami sebagai pelajar sememangnya perlu ditekan  atau push daripada pensyarah agar kami tidak mudah terlena atau leka. Banyak suka dan duka ketika saya mengikuti kuliah kursus ini. Suka saya apabila dapat bekerja dalam kumpulan dan melalui banyak perkara bersama-sama manakala duka pula apabila terdapat masalah perbezaan pendapat dan sebagainya. Namun begitu, setiap pengalaman tersebut kami jadikan sebagai kenangan bersama. Walaupun belajar secara dalam talian, kami masih dapat berkomunikasi dan melakukan banyak perkara bersama ahli kumpulan. Mungkin ketika saya diberikan tugasan yang banyak, saya merasa tertekan sedikit tetapi pernah terlintas di kepala saya "Kalau saya tak mampu hadap semua ni, macam mana saya nak berhadapan dengan situasi luar akan datang selepas saya habis belajar". Dari situ saya berfikir adakah wajar sekiranya saya katakan saya tertekan. Oleh itu, saya berbalik kepada tujuan asal meneruskan pengajian ke universiti yang menjadi pemikiran negatif tersebut terhakis.  Kursus ini sebenarnya begitu mencabar namun cabaran tersebut menjadikan saya  mampu keluar dari zon keselesaan. Saya mampu berinteraksi dan berkongsi banyak perkara. Semoga setiap ilmu yang dipelajari melalui kursus ini dapat digunakan pada masa akan datang. Saya memohon seribu kemaafan kepada pensyarah kami iaitu Prof Dr.Normaliza Abd Rahim seandainya terdapat salah dan silap. Terima kasih atas setiap ilmu, pengalaman, pengajaran, nasihat dan dorongan yang diberikan kepada saya dan rakan-rakan yang lain.❤ Semoga kami memperoleh keputusan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bagi kursus ini. 📚Saya akhiri kalimat saya dengan serangkap pantun yang diciptakan sendiri. 


Angin petang menderu-deru,
Sambil merakam video tugasan,
Walaupun mempelajari ilmu baharu,
Ilmu Multimedia dalam Bahasa takkan ku lupakan.

 

Sekian Terima kasih, ✨💕

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ketika dan Kalimat ✨

Sepanjang saya mengikuti kursus Multimedia dalam Bahasa ini terdapat banyak perkara, pengalaman dan pengajaran yang saya pelajari. Selama e...