Senarai Blog Saya

WELCOME GUYSS ! HAVE A GOOD DAYS

Who I am?

     

  

Hai dan assalamualaikum semua. πŸ˜€ Apa khabar? Semoga baik2 sahaja. Hari berlalu hari, umurku sekarang sudah beranjak 22 tahun. Masih segar dalam ingatan kenangan di zaman persekolahan. Kini diriku sudah berada di alam universiti. Tak pernah disangka aku akan melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang mempunyai latar belakang dan kedudukan yang tinggi. Universiti Putra Malaysia merupakan salah satu universiti yang menjadi pilihan ku dahulu. Pernah terdetik dalam hatiku ketika berada di tingkatan 6, maklumlah pada waktu itu setiap kelas di tingkatan 6 itu dinamai dengan nama universiti. Antara yang aku ingat  ialah UM, UKM, UPM dan UMT. Aku pula berada pada nama kelas UPM. Waktu itu juga, pada setiap blok laluan ada terpapar banner gambar setiap universiti. Seketika aku bermonolog dengan diriku dimanakah tempat yang menjadi laluan dan penentu hidupku untuk menyambung ijazah nanti. Aku bersyukur dengan rezeki berada di universiti ini. Alhamdulillah, kini aku sudah berada pada semester 4 dalam bidang Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu dengan Kepujian. Blog ini ialah blog pertama yang pernah dihasilkan. Blog ini hasil daripada kursus Multimedia dalam Bahasa.  Minggu pertama kelas bermula, mcm2 rasa di hati. Berdebar, takut, gembira sbb permulaan baru utk sem 4 kan.πŸ˜…πŸ˜…Bukan sahaja kena sediakan fizikal tapi mental jugak. Maklumlah lepas bercuti kan. Seriously, semua kursus utk sem ni best2. Lupa pulak nk perkenalkan diri, HEHEHE. Nama diberi Siti Nur Zarifah Zulkipli. Belajar buat blog sebab salah satu daripada kursus yg ambil sem ni. Best jgk buat blog, sebelum ni tak pernah expect atau terfikir pun nak cuba buat blog. Bila dh buat baru tahu menarik jgk sebenarnya. Hi gaiss ! Semoga blog ni bermanfaat utk korang. Heee πŸ‘‹

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ketika dan Kalimat ✨

Sepanjang saya mengikuti kursus Multimedia dalam Bahasa ini terdapat banyak perkara, pengalaman dan pengajaran yang saya pelajari. Selama e...