Senarai Blog Saya

WELCOME GUYSS ! HAVE A GOOD DAYS

Tugasan Resensi Buku Multimedia dalam Bahasa

Kami diberikan tugasan untuk melakukan resensi keseluruhan bab dalam buku Multimedia dalam Bahasa. Tugasan ini merupakan tugasan berkumpulan. Tugasan ini juga merupakan tugasan akhir bagi kumpulan kami. Kami daripada kumpulan VA Production merupakan kumpulan terakhir yang melakukan perbentangan bagi tugasan ini iaitu pada waktu amali hari jumaat. Tugasan ini sememangnya memberikan kami semangat kerjasama. Kami sekumpulan telah membahagikan setiap ahli dengan tugasan mengikut bab yang sesuai. Terdapat satu bab yang dikendalikan seorang sahaja mengikut jumlah halaman yang sesuai, ada juga dua dan tiga pelajar yang mengendalikan setiap bab tertentu. Pembahagian tersebut dilakukan dengan menggunakan laman google meet bagi memudahkan setiap pelajar memberi cadangan dan pandangan masing-masing. Saya diberikan tugasan mengendalikan bab 3 yang mempunyai jumlah halaman yang banyak, bab tersebut dikendalikan oleh tiga orang pelajar. Setiap tugasan tersebut menggunakan google slide yang memudahkan semua pelajar mengakses halaman tersebut serta melakukan penambahbaikan. Tugasan ini menarik kerana kami diberikan masa 30 minit setiap kumpulan menjadikan setiap ahli mempunyai masa selama 2 minit lebih untuk membentangkan bab atau bahagian masing-masing. Tugasan ini melatih kami untuk melakukan tugasan atau perbentangan mengikut masa yang diperuntukkan. Tugasan ini juga mengajar kami untuk lebih berdisiplin dalam mengatur dan mematuhi masa yang ditetapkan. Tugasan ini sememangnya menarik bagi kami. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ketika dan Kalimat ✨

Sepanjang saya mengikuti kursus Multimedia dalam Bahasa ini terdapat banyak perkara, pengalaman dan pengajaran yang saya pelajari. Selama e...