Angin petang menderu-deru,Sambil merakam video tugasan,Walaupun mempelajari ilmu baharu,Ilmu Multimedia dalam Bahasa takkan ku lupakan.
Sometimes in life don't look up so much that you forget to look down '-'
Angin petang menderu-deru,Sambil merakam video tugasan,Walaupun mempelajari ilmu baharu,Ilmu Multimedia dalam Bahasa takkan ku lupakan.
Kami sekumpulan diminta untuk menyediakan ulasan buku Multimedia dalam Bahasa yang ditulis oleh pensyarah kami iaitu Prof Dr. Normaliza Abd Rahim. Buku tersebut mengandungi 7 Bab yang mewakili tajuk tertentu setiap bab. Bab 1 mewakili tajuk Pekaka Bercerita: Animasi dan Lagu Cerita Rakyat Melayu. Bab 2 pula ialah Konflik Nilai Melalui Teknologi Animasi manakala bab 3 membincangkan tentang Interaksi Kumpulan Kecil Pelajar terhadap Media Sosial. Wacana Ujaran dalam Penggunaan Media Sosial terdapat pada bab 4. Bab 5 merangkumi tajuk Asas Grafik dalam Multimedia dan Asas Videografi pada bab 5. Terakhir, bab 7 menulis tentang Impak Multimedia dalam Bahasa. Setiap ahli diberikan tugasan mengikut bab tertentu.
Pautan: https://drive.google.com/file/d/1v_-8tHXedh0SXjVyTWGxlHZIW6C66lSY/view?
Pada minggu ini kami diminta menyediakan sebuah perbentangan individu, kami diberikan pilihan untuk memilih mana-mana podcast bagi tugasan ini. Podcast merupakan satu jenis media digital yang biasanya terdiri daripada audio dan hanya didapati melalui episod atau bahagian tertentu yang disiarkan atau dimuat turun oleh pengguna. Podcast juga boleh menyampaikan media digital seperti video, e-buku dan penyiaran video. Terdapat pelbagai bentuk penggunaan podcast pada masa ini sama ada kepada hiburan, pendidikan atau isu semasa. Bagi tugasan kali ini, saya memilih podcast Ceri Kembang. Podcast ini sudah beredar beberapa tahun dan mula bertapak dalam youtube pada tahun 2020. Tajuk yang dibawakan ialah Universiti dah nak buka? Setuju atau tidak setuju? Berikut merupan pautan google drive bagi melayari hasil tugasan ini.
https://drive.google.com/file/d/1w0gvL3WefS9g7reJqAsOF1YRvYp8ToQw/view?usp=sharing
Berikut pula merupakan pautan bagi video podcast yang dipilih:
https://youtu.be/5T9qHbrzNdU
Kami diberikan tugasan untuk menyediakan sebuah video seram. Video seram yang kami sediakan bertajuk 'Teman Baru'. Berikut telah disediakan pautan bagi video seram tersebut.
https://youtu.be/1MNI7YULFNU
Kami diberikan tugasan untuk menyediakan sebuah video tragedi. Saya dan rakan-rakan yang lain telah menyiapkan video tersebut bertajuk 'MATI'. Berikut merupakan pautan bagi rakaman video ini:
https://youtu.be/9Fhf9TbVnyA
Sepanjang saya mengikuti kursus Multimedia dalam Bahasa ini terdapat banyak perkara, pengalaman dan pengajaran yang saya pelajari. Selama e...