Resensi Buku Multimedia dalam Bahasa
Kami sekumpulan diminta untuk menyediakan ulasan buku Multimedia dalam Bahasa yang ditulis oleh pensyarah kami iaitu Prof Dr. Normaliza Abd Rahim. Buku tersebut mengandungi 7 Bab yang mewakili tajuk tertentu setiap bab. Bab 1 mewakili tajuk Pekaka Bercerita: Animasi dan Lagu Cerita Rakyat Melayu. Bab 2 pula ialah Konflik Nilai Melalui Teknologi Animasi manakala bab 3 membincangkan tentang Interaksi Kumpulan Kecil Pelajar terhadap Media Sosial. Wacana Ujaran dalam Penggunaan Media Sosial terdapat pada bab 4. Bab 5 merangkumi tajuk Asas Grafik dalam Multimedia dan Asas Videografi pada bab 5. Terakhir, bab 7 menulis tentang Impak Multimedia dalam Bahasa. Setiap ahli diberikan tugasan mengikut bab tertentu.
Pautan: https://drive.google.com/file/d/1v_-8tHXedh0SXjVyTWGxlHZIW6C66lSY/view?
Podcast
Pada minggu ini kami diminta menyediakan sebuah perbentangan individu, kami diberikan pilihan untuk memilih mana-mana podcast bagi tugasan ini. Podcast merupakan satu jenis media digital yang biasanya terdiri daripada audio dan hanya didapati melalui episod atau bahagian tertentu yang disiarkan atau dimuat turun oleh pengguna. Podcast juga boleh menyampaikan media digital seperti video, e-buku dan penyiaran video. Terdapat pelbagai bentuk penggunaan podcast pada masa ini sama ada kepada hiburan, pendidikan atau isu semasa. Bagi tugasan kali ini, saya memilih podcast Ceri Kembang. Podcast ini sudah beredar beberapa tahun dan mula bertapak dalam youtube pada tahun 2020. Tajuk yang dibawakan ialah Universiti dah nak buka? Setuju atau tidak setuju? Berikut merupan pautan google drive bagi melayari hasil tugasan ini.
https://drive.google.com/file/d/1w0gvL3WefS9g7reJqAsOF1YRvYp8ToQw/view?usp=sharing
Berikut pula merupakan pautan bagi video podcast yang dipilih:
https://youtu.be/5T9qHbrzNdU
Tugasan Resensi Buku Multimedia dalam Bahasa
Video Seram
Kami diberikan tugasan untuk menyediakan sebuah video seram. Video seram yang kami sediakan bertajuk 'Teman Baru'. Berikut telah disediakan pautan bagi video seram tersebut.
https://youtu.be/1MNI7YULFNU
Video Tragedi
Kami diberikan tugasan untuk menyediakan sebuah video tragedi. Saya dan rakan-rakan yang lain telah menyiapkan video tersebut bertajuk 'MATI'. Berikut merupakan pautan bagi rakaman video ini:
https://youtu.be/9Fhf9TbVnyA
Tugasan Podcast
INFOGRAFIK MEDIA SOSIAL - BBM3410 | 2022
Asas Videografi : Video Setempat
Video setempat memainkan peranan penting bagi menerangkan berkenaan sebuah lokasi secara setempat. Video setempat ini tidak memerlukan sebarang penyuntingan. Video ini dirakam tanpa perlu mengubah kedudukan atau beralih tempat iaitu bergerak ke banyak tempat. Video ini akan dirakam dengan menggunakan suara individu yang merakam. Sebuah video setempat itu mempunyai jalan penceritaan yang tersendiri. Durasi video ini kebiasaanya tidak melebihi daripada 4 minit dan tidak menampakkan wajah perakam video tersebut. Perakam hanya merakam apa yang berlaku pada waktu tersebut. Berikut merupakan tugasan video setempat yang telah saya sertakan bersama dengan pautan youtube:
https://youtu.be/UyGfyuhcKxg
.jpg)
Video Dokumentari
Video dokumentari merupakan sebuah video yang padat dengan isi dan maklumat. Video dokumentari yang dihasilkan oleh kumpulan kami iaitu ( VA Productio ) telah dimuatnaik dalam akaun youtube setiap ahli. Kami sekumpulan memilih tajuk berkaitan kesan penggunaan merkuri. Kumpulan kami memiliki seramai 7 orang wartawan. Berikut merupakan pautan youtube saya:
https://youtu.be/JK6cM--k6uA
LinkedIn : Pengenalan
Pada minggu ke-10 ini, kami diberikan arahan untuk mencipta satu akaun LinkedIn. Laman ini memudahkan pelajar untuk mencari peluang pekerjaan. Laman ini turut digunakan untuk mana-mana pihak yang ingin berkongsi tentang aktiviti, peluang pekerjaan atau organisasi pekerjaan mereka. Laman ini menyerupai laman facebook, namun laman dilihat lebih formal dan kebanyakannya digunakan oleh orang profesional. Laman ini juga mempunyai banyak manfaat terutamanya kepada lepasan graduan dalam untuk mencuba merebut peluang dalam bidang atau kerjaya yang sesuai dengan profesion. Kita juga mampu untuk mendapat motivasi daripada golongan profesional dalam bidang yang kita minati untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagi membolehkan kita mengetahui sebarang informasi dan inspirasi daripada mereka.
Berikut merupakan pautan akaun linkedIn saya:
www.linkedin.com/in/sitinurzarifahzulkipli
![]() |
Ini merupakan halaman profil LinkedIn yang saya cipta Berikut pula ialah senarai rakan-rakan yang saya cuba hubungkan untuk berinteraksi melalui laman ini. |
Ketika dan Kalimat ✨
Sepanjang saya mengikuti kursus Multimedia dalam Bahasa ini terdapat banyak perkara, pengalaman dan pengajaran yang saya pelajari. Selama e...